Wednesday, 21 February 2018

AKU NAK BERJAYA KAU PUN NAK JUGAK KE?

Assalamualaikum wbt.. 
Harini akk sambung lagi my blog.

Cuti CNY bebaru ni, saat ramai warga kota pulang ke kampung halaman atau bercuti, akk masih di KL buat business sharing dan jumpa rakan kongsi. Salah sorang rakan akk itu adalah kawan zaman sekolah dulu Azila Azizi. Beliau juga rakan sekampung akk.. Kami dari Ipoh, Perak. Istilah kata kami memang kawan baik.

Azila baik dengan akk. Dia pun sama-sama merantau ke KL berhijrah mencari rezeki. Azila mother of 4.. November 2017, Azila dalam masa ini juga masih meratapi pemergian  puteri sulungnya meninggal akibat demam berlarutan. Akk pun turut merasai pilu hatinya. Sebab arwah anak yang amat prihatin kepada ibu bapanya dan banyak membantu ringan beban ibu bapanya. Arwah juga pelajar cemerlang di sekolah. 

Azila menyertai bisnes SHOM sekitar 2014. Dan komited buat bisnes ni sebaik mungkin. Akk memang nak tengok Azila berjaya. InsyaAllah akk yakin kemampuannya. Jenis yang sanggup buat apa sahaja demi kesejahteraan suami dan anak-anaknya. Istilah kata Azila memang rajin bekerja. Sebab akk masih ingat masa awal-awal Azila nak buat bisnes SHOM ni dia memang nak ubah taraf hidup keluarga especially nak bantu ringankan beban suami juga beri kehiudpan yang terbaik kepada anak-anaknya yang kesemuanya bersekolah.



Perjumpaan 2 jam kami tentunya untuk bincangkan hala tuju bisnes ni. Rangka strategy bisnes dan improvement kepada kumpulan. Tentunya aim Income besar juga. Memandangkan kami ni dah bersara dari kerjaya masing-masing. Akk aim suami Azila juga dapat siapkan pangkat dalam SHOM memandangkan point suami dah tak banyak untuk siap rank as Sales Manager. Aamiin2 InsyaAllah..


Masa buat bisnes sharing takdelah perjumpaan macam majikan dengan pekerja. Kami lebih bagai 1 team.. Nampak, happy je. Dalam bisnes mesti nak happy if terlalu serious hubungan akan rasa janggal dan tak akrab. Sebab akk memang sayang smua bisnes partner akk.. Siapa pun mereka, mereka boleh maju dan pergi jauh. Bisnes ni kita bukan akan kaya sorang-sorang. Tanpa anak-anak, akk pun takkan berjaya if seorang. Dan semestinya akk nak Azila pun berjaya bersama-sama akk.


Now melatih Azila listkan senarai ahli dalam kumpulannya. Sebab setiap ahlinya kita nak asah jadi usahawan yang berilmu dan berjaya. InsyaAllah follow sahaja panduan yang mentor dah beri. Memang senang nak susun strategi. 

Itulah akk pesan Azila.. Kita buat bisnes ni sama-sama. Kita bukan dari keluarga yang senang. InsyaAllah dari bisnes SHOM ni akan ubah nasib kita sekeluarga lebih baik. 

Those yang nak berniaga, akk sedia tunjukkan jalan. Ayuh kita bersama-sama buat bisnes SHOM di G8Unity . Kita mempunyai ramai mentor berpengalaman yang sentiasa members bimbingan kepada kumpulannya.

Ramai dah mula dan ramai sudah berjaya. Menantikan anda saja untuk mula bersama akk. 

Azza Amri
+60102262734

No comments:

Post a Comment