Assalamualaikum semua...
Haaaa jumpa semula hehe... Azza nak sambung semula sikit masa percutian Ipoh & Penang bebaru ni tetapi Azza nak share di Ipoh sahaja kalini... Sebab jika korang ke Ipoh nanti bolehlah pergi restoran ni iaitu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Ali Pitchay, Ipoh.. Korang boleh waze je restoran ni nanti jumpa..
Azza pun asal orang Ipoh pun baru tahu tau hehe itupun kakak ipar yang suggest ... Memang sedap nasi lemaknya lembut.. Ayam dihidang panas-panas. Actually selain nasi Lemak ada menu lain goreng-goreng.. Makanan Siam seperti tom yam dan banyak lagi. Tapi yang femes adalah Nasi Lemak Ayam Kampung nya..
Ayam kampung yang panas-panas sesedap rasa di makan..yum-yum
Ada aneka lauk lain selain sambal tumis ikan bilis.. Pilih saja yang mana korang suka..Harga berpatutan.. |
Ni anak Azza yang kecil tengah geram tengok aneka seafood segar-segar.. Boleh req masak menu pilihan korang.
Disabling itu juga kawan-kawan Azza cakap desert restoran ni best! Iaitu aneka pengat, bubur manis & pulut mangga... Haritu Azza tak kesempatan rasa sebab baru sampai dari KL so nak makan nasi Lemak sahaja. InsyaAllah lain masa Azza akan datang lagi cuba desert kat sini..
So setakat ini sahaja perkongsian sambungan cuti-cuti Azza bebaru ni di Ipoh... Hope dapat lah beri sedikit rujukan jika anda ke Ipoh nanti... Semangat jugak nak update blog pagini. hihi..
No comments:
Post a Comment