Tuesday, 26 September 2017

Family Trip Ipoh And Penang.. Best! Best! Best!

Assalamualaikum semua.. Selamat petang..

Petang ni Azza nak update sikit percutian kami sekeluarga ke Ipoh, Perak & Penang pada 21 hingga 24 September bebaru ni. Sebenarnya ia unplanned trip bersama mertua Azza kebetulan anak Azza yang sulung pada 21 September di Anugerahkan Pelajar Cemerlang  his Vokasional tu ambil peluang bawa anak-anak Azza jalan sama..




Kami gerak dari KL jam 12pm & sampai Ipoh jam 4 petang. Kami menginap Hotel Riverfront tepi Sungai Kinta tu.. Ni kali ke 2 kami menginap di hotel ni and memang bestla.. Selesa..
Sebelum tu Azza nak cerita juga Ipoh ni kampung halaman Azza juga. Azza dari Pengkalan Pegoh..hehe Tapi tak bermalam rumah mak sebabnya kami suntuk masa. So bermalam dengan family kakak ipar. Kami ambil apartment yang semalam charge RM250 and ada 2 bilik termasuk dapur.




Malam tu sempat juga bawa anak-anak dan suami ke Gerbang Malam.. Azza ni kan nama je orang Ipoh tapi ini kali pertama Azza ke Gerbang Malam tau hehe.. Ia terletak di belakang Tmn TKK and belakang Kamdar lama.. Bestla jugak.. Ada juga beli untuk anak-anak sikit. Husband Azza pula apa lagi suka urut kaki.. Memang best tau ada abang ni dia tak pakai minyak urutan massage biasa tapi minyak yang dia buat sendiri serai wangi and halia.. Aterr bila di urut  memang angin keluar saja.. Husband Azza kata legaaaa..Best! Abang ni dia sorang je berniaga ada sebiji kereta Proton Saga lama and diselekoh jalan.


 




Esoknya sebelum kami gerak ke Penang, pagitu kami sempat menikmati sarapan di kedai makan Mee Mat Jasak ( if tak salah ejaan ya ) sebelah Super Kinta..  best sarapan kat situ sebab dah lama berniaga aneka mee kari, mee sup.. mee kicap..Korang try la memang sedap.
Tengahari selepas check-out kami singgah dulu Bits And Bob Sejak Selalu di Jalan Sultan Yussoff yang terkenal dengan Ice Kepal Ball nya yang sedap.. Then kami sempatla ambil gambar untuk kenangan.. Korang kena pergi sini tau kalau ke Ipoh.











Kami terus ke Penang and sampai pukul 5pm sebab banyak singgah..hehe biasalah ada anak kecil ni banyak menyinggah RnR.. Ke Penang kami naik Feri dulu bagi anak-anak rasa.. Sebab sebelum ni ke Penang terus naik Jambatan Pulau Pinang.. Lil M takut naik feri ni.. She risau tenggelam katanya.. haha pengaruh cerita Titanic and Posidon haha.. So just duk dalam kereta sampai Feri tu sampai Penang..



Di Penang kami menginap di The Notham All Suites Hotel, Penang.. Bilik besar and mengadap laut..
Release kepala dapat relax sikit dari kesesakan Kolumpo..hehe
Malam kami semua dinner dengan keluarga di Golden Thai Seafood Village, Batu Feringgi.. Sambil tu kami disajikan juga pelbagai tarian kebudayaan.. Makan kat sini memang besst..Korang cuba.





Esoknya kami semua ke Street Art At Armenian Street.. Haaa datang Penang kalau tak datang sini rugi.. Ada juga Ice Kepal ball kat sini.. Pada Azza Ice Kepal Ball kat sini lagi sedap dari Bits And Bob.. hahaha sorrii ni pendapat kita tau.. Sebab terasa keaslian asal Ice Kepalnya.. Then kami ambil beberapa gambar..






Malam kami dinner bersama keluarga di Gurney Drive Pasembor.. Makan Satay..Pasembor..Rojak and laksa.. kemestian rasa.. Yang tak best kereta kami kena pulak lock dengan Majlis Perbandaran sini sebab park dekat lane kuning..huhu..lebor RM50.. So korang kalau nak makan kat Gurney Drive ni parking berbayar jelah baru RM5..haha



Panjang  pula.. nanti Azza sambung lagi.. Best sebenarnya kalau bercuti dalam Malaysia ni.. Banyak tempat belum pergi lagi.. InsyaAllah next Family trip kami lagi on December ke Langkawi.. terima kasih kerana singgah blog Azza baca tau.. later Azza sambung lagi coz banyak menarik nak share semasa kami bercuti di utara..

bye..

No comments:

Post a Comment