Showing posts with label masak lemak cili api. Show all posts
Showing posts with label masak lemak cili api. Show all posts

Wednesday, 4 October 2017

Masak Lemak Nangka Cili Api Sedap

Hi kawan- kawan.. 

siapa suka masak lemak  nangka dengan ikan masin.. Kalau korang suka kita geng hehe
Ni resepi dari mak mertua akk.. Resepi style N9  memang senang dan ringkas. Tak perlu bawang merah dan bawanng putih pun kalau nak masak lemak cili api.


Ni bahan-bahan asas tau. Ada kunyit hidup, daun kunyit, serai, kelapa parut, cili api, asam kepinh, nangka muda, ikan masin talang. Kenapa akk guna kelapa parut? Sebab akk masak nih memang suka cara dulu-dulu bila rajin..hehe..Selalu gak guna santan kotak. Semalam terajin beli kelapa parut and akk belend so santan akk lebih pekat. Sedapla nak makan kan.. Asli gittew..hehe Cili api dan kunyit hidup tu tumbuk hancur yea.. Serai pun ketuk-ketuk manja udah. Kelapa udah blend korang boleh la masukkan pati santan tadi dengan bahan-bahan ditumbuk dulu. 






Jangan lupa nangka ni kena rebus empuk tau..kang lupa rebus keras youuu..hehe
Dah empuk airnya tu toskan.. Takde orang letak air tangka sekali..hehe
Then reneh bersama santan, ikan masin dan nangka terus.. Masak lebih kurang 10 minit je.. kacau-kacau yea nanti dibiarkan pecah minyak tak sedap.
Letak gula garam secukup rasa..









Udah siap.. Ni akak makan dengan telur dada aje.. Suami akk kemain syioook sedap katanya..selera lepas balik kerja makan.. Air tangan isteri ke perut suami ni mestilah nak masak sedap-sedapkan.. So ni resepi mudah akk dari resepi asal mak mertuo den..


sekian

Tugas WAHM antara ibu dan usahawanita

Assalamualaikum .. 

Harini baru nak post cerita semalam.. Hehe 
Akk padat betul semalam.. Sekurang-kurangnya akk update juga blog akk dari bersarang..

Semalam Lil M tak sekolah.. Bila dia tahu mama dia ada client Premium Beautiful dah mula buat perangai malas pergi sekolah. Mujur tadika tahun depan Darjah 1 jangan berangan dik... Hehe
She bangun awal siap Mandi-mandi dah bersih seawal 7am.. Semangat nak ikut mama kerja... Pic tengah sarapan bihun goreng ayam akk masak hehe.. Akk memang suka masak.. Kurang makan luar..

Inilah my Lil M hehe

Then akk bawa Lil M sama jumpa client seorang Pegawai Bank. Nak pakai Premium Beautiful and register keahlian juga. Lil M suka ikut akk alhamdulillah she behaved. Dia tak pernah kacau akk bila dengan client. Mungkin sebab seawal umurnya 3 tahun dah ikut akk biz so she faham mama Cari rezeki untuknya dan keluarga..


Alhamdulillah traffic lancar harini... Nak ke bank client pun parking senang. Mungkin Allah nak beri rezeki kepada akk harini... Alhamdulillah closed deal dgn Pn Norina.. Dari nak beli Premium Beautiful Classic terus grab Premium Beautiful Elegance.. Sign up juga ahli... 


Nowadays ramai golongan Profesional join SHOM untuk berniaga. Bisnes with SHOM senang. Product dah terkenal.. Syarikat pula dah buat marketing hingga tembusi pasaran luar.. Tinggal kita nak share sahaja kepada orang ramai.



Then closed lagi new agent dari Batu Pahat... Beliau memang perlukan extra income. InsyaAllah kita usahakan sebaik mungkin buat betul-betul pasti ada rezeki kita sekeluarga.. Lagipun biz dgn SHOM ni kita bukan kerja sorang-sorang. Kita bekerja secara kumpulan..

Selesai kerja luar terus pergi stokist punch dan reg new biz partners then balik rumah masak for lunch cum dinner pulak hehe... Akk masak lauk Nangka Masak Lemak Cili Api dgn Ikan masin Talang.. Pehhhh terangkat you..  Resepi kt blog sebelah.. Akk macamana pun akan masak walaupun sejenis lauk. Sedap makan di rumah tu lain rasanya kan..



Itu sahaja cerita akk harini.. Akk bersyukur untuk semalam.. Akk selalu berdoa Allah permudahkan rezeki kami semua.. Bukan untuk akk sahaja..Malah mereka yang juga berusaha untuk dapat income yang selesa dari biz ni InsyaAllah...


sekian.. 

Monday, 2 October 2017

AYAM KAMPUNG MASAK LEMAK CILI API N9



Hi kawan-kawan... Korang suka masak lemak cili api tak? Azza suka masak lemak.. Dari kecik kot mak selalu masak.. Bila dah kahwin ni kita masak pula untuk anak-anak. 

Ok, harini Azza memang pax sikit kat urusan di luar... Tapi kemestian masak. Azza kurang makan luar. Walaupun sejenis pun jadiklah... Puas juga Mya makan. Lagipun masak sendiri ni sudah tentu nya kita akan masak sedap-sedap dari air tangan kita bebas MSG gittew.. hehe

Ni resepi mak Mertua Azza yang beri.. Mak mertua Azza orang Jelebu.. Asli sungguh masak lemaknya... So Azza belajar dari mak mertua Azza. Masak lemak cili api style N9 ni amat mudah.. Rumah rade bawang pun still boleh masak haaaaa bestkan.. Masak lemak cili api khususnya..

Resepi nya Azza kongsikan di sini..

1 Ekor Ayam Kampung di potong kecik 
3 batang serai ( ketuk)
6 cili padi kg ( ikut kepedasan masing2 tau)
3 keping asam keping
1 helai daun kunyit @ daun limau purut ( dicarik ) 
1-2 bj kunyit hidup size ibu jari 
1 bj santan fresh @ santan kotak ( kara )
3 biji kentang potong 4

Cara2nya

Azza memang tak blend tau... Sebab masakan Azza memang Azza suka tumbuk.. baru asli hehe 
Tumbuk cili api & kunyit sampai hancur.
Kemudian panaskan air dlm 4 cawan besar bersama bahan-bahan tumbuk. Masukkan asam keping, serai, ayam dan kentang. Masak sehingga empuk.

Air dah kering sikit.. Ayam & kentang dah empuk, masukkan santan pula dengan daun kunyit @ daun limau purut. Kacau then masukkan gula & garam.




Kacau jangan sampai pecah minyak then tutup api.. 

Dalam 15 minit siap kot and dah boleh santap.. Senangkan... Style N9 ni senang.. Tak perlu tumis-tumis pun.

Korang boleh cuba resepi dari mak mertua Azza ni pula yea.. Selamat mencuba..