Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Saya Azza Amri dari Cheras, Kuala Lumpur. Di sini saya nak kongsi pengalaman saya dengan Premium Beautiful Korset yang banyak membantu saya sembuh dari sakit tulang belakang berterusan. Kalau ikutkan saya sihat walafiat tapi kemalangan yang tak terduga berlaku semasa saya bertugas sebagai pegawai bank di sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur. Dalam awal tahun 2012 Sedang saya tengah bekerja tiba-tiba kerusi yang saya duduk telah patah 3 batang rodanya serentak dan saya jatuh terduduk ke atas lantai. Saya dibantu rakan-rakan office untuk bangun dan mereka terus tukar kerusi yang baru. Kalau dah nama jatuh kerusi memang diketawakan lah kan sebab hanya nampak kepala sahaja..hihi..
Tapi selang beberapa jam saya mula rasa sakit bahagian pinggang, sekitar punggung terus turun ke peha dan tapak kaki. Saya hanya dapat rawatan di klinik dan makan ubat tahan sakit sahaja. Selang beberapa hari sakitnya semakin menular dan saya mula sukar untuk berjalan. Namun begitu saya masih gagahkan diri bekerja. Keadaan makin teruk bila semua pergerakan saya terbatas seperti apabila duduk, berdiri, berjalan semuanya terbatas dan sakit sangat. Sehingga ada ada satu tahap rakan baik saya terpaksa menunggu saya di station LRT Jamek untuk berjalan bersama saya ke office risau saya jatuh.
Suami semakin risaukan kesihatan saya dan bawa saya ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut di mana saya telah di rujuk ke pakar tulang belakang iaitu unit Spine & Joint Centre under Doktor Param. Xray telah dilakukan dan mendapati sesuatu yang tidak kena pada tulang belakang saya. Then doktor suggest saya untuk lakukan MRI. Result mendapati tulang belakang saya pada L4/L5 saya mengalami kecederaan dan rosak. Sakit saya diklasifikasikan as lumber spine. Doktor arahkan untuk saya dibedah segera untuk dimasukkan 2 spacer pada L4 & L5 saya.
Saya telah menjalani major operation pada 24 July 2012 selama 7 jam. Saya masih tidak boleh bangun selama 1 minggu selepas pembedahan yang menyebabkan saya akan rasa sakit pada tulang tengkuk saya dan rebah.
Alhamdulillah minggu ke 2 saya beransur baik. Tapi tulang belakang saya mula rasa sakit bahagian tempat pembedahan. Bulan ke 2 saya telah lumpuh secara tiba-tiba dari bahagian pinggang hingga tapak kaki tanpa rasa apa-apa pergerakan. Saya dimasukkan ke hospital dan menjalani procedure sekali lagi. Saya mengambil masa dalam 6 bulan untuk pulih sepenuhnya dan tidak dibenarkan bekerja selama 1 tahun. Selama 1 tahun itulah saya setiap bulan warded dan menjalani pelbagai rawatan dan procedure.
Saya telah diperkenalkan dengan seorang rakan dengan Premium Beautiful Korset dimana beliau juga telah sembuh sakit belakang setelah memakai korset ini. Even doktor juga suggest saya pakai korset yang pihak hospital sediakan tapi saya rasa tidak selesa kerana besar. So saya telah mula memakai Premium Beautiful Korset satu persatu dahulu dengan Waist Nipper. keajaibannya pada minggu pertama saya rasa 1 badan saya panas dan tidak selesa tapi saya tetap pakai konsisten. Hasilnya saya rasa kesakitan pada tulang belakang saya beransur kurang. Then saya telah pakai 1 set Premium Beautiful dalam bulan ke 2. Alhamdulillah saya rasa badan saya lebih sihat dan bertenaga. Malah membantu dalam setiap pergerakan saya lebih lancar.
Jika 2012 ~ 2013 hampir setiap bulan saya ke hospital selama setahun..Tapi sejak saya mula memakai Premium Beautiful Korset rawatan saya di hospital sudah mula kurang dalam setahun 2 kali sahaja pada 2014 itupun jika sakit dan sengal - sengal belakang.
So kepada yang ada simtom sakit tulang belakang Azza suggest pakailah Premium Beautiful. Amat bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran badan. Ia juga mendapat tauliah dari pakar tulang antarabangsa. Kini saya sembuh sepenuhnya dari sebelumnya. Azza juga menjadi agent sah untuk Premium Beautiful Korset setelah merasai sendiri kehebatan korset ini membantu kesihatan Azza lebih baik. So if anda yang ada masalah yang saya, boleh PM/WA for info and Azza akan share kepada anda juga.
Azza Amri
010 2262734
razalinarahmat@gmail.com
No comments:
Post a Comment