Lama Azza x menjengah my blog ni.. Ampuunnn... Azza sibuk dengan tugasan luar sikit and urusakan anak yg sekolah.
Okay, harini Azza nak share my resepi Daging Dendeng My Style gitu.. Menjelang puasa ni demand tinggi especially mereka yang bekerja tu yang tak sempat nak masak memang akan selalu order dengan Azza. Kalau nak tahu, ia juga sebagai punca rezeki yang lebat semasa bulan Ramadhan. Alhamdulillah..
Tapi resepi ni Azza sebenarnya olahkan sikit..Kalau nak buat yang sedap resepi orang Perak,, Kami idok guna cili padi tapi cili kering.. Letak sedikit kerisik juga.. Selain baunya yang harum... Ia amat sedap tau...errrmmm... Makan nasi panas- panas dengan telo mata pun udah cukup komeee....heee
Here my resepi..
DAGING DENDENG BERAPI
Bahan-bahan
Daging - 1 kilo
Kicap lemak manis - secukupnya
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Halis - 1 inci
Cili api - segenggam (blend)
Perahan jud limau kasturi- 1 sudu
Garam - secukupnya
Cara-caranya
Rebus daging sampai empuk
Hiris nipis. Hati, jangan salah potong pula. Kena ikut urat daging tu okey.
Gaul daging dengan kicap lemak manis dan gaul rata.
Goreng hingga separuh garing.Siap goreng dan ketepikan. Rupa daging masa ni hitam legam.Hehe.
Kemudian tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga sampai naik bau.Masukkan cili blend dan tumis sampai garing.Masukkan air daging sedikit dan msukan perahan jus limau kasturi, rasanya denga
garam.Masukkan daging, dan masak hingga kering.
Siap untuk dimakan.
Kalau nak sedap kan .. 3 sudu besar kerisik masa tumis bahan-bahan blend. Sedap aromanya. And Azza nak share sidikit tips, letakkan juga lengkuas. Tapi lengkuas tu blend asing tau.. Air lengkuas tu buang.. Ambil hampasnya sahaja.. Korang cubalah..Sedap letops gitu.
Ni resepi mak Azza.. Azza kongsikan bersama.. Korang boleh olah kan jika nak tambah sepeket serbuk kari daging pun boleh. Ia tetap sedap and pedas dia tu memang sedap.
Selamat mencuba.. If tak larat buat boleh order dengan Azza. InsyaAllah sama rasa macam air tangan mak- mak kita. Azza juga buat untuk KL Food Delivery..
Boleh tengok di Instagram Azza juga ( azza.amri )
Here my number Azza Amri +60102262734
Selamat mencuba kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment